Tuesday, July 10, 2012

Refleksi Minggu Pertama

Assalamuaalaikum WBT..

Pada Minggu Pertama, sebagai mukadimah bagi Subjek Kecerdasan Emosi (KE) ini refleksi yang boleh saya buat ialah melalui dapatan yang saya perolehi semasa P&P berlangsung puan pensyarah telah memperkenalkan Konsep KE itu sendiri iaitu merujuk kepada kecerdasan itu ialah kepintaran yang merupakan potensi manusia di bawah hal atau keadaan sempurna dalam perkembangan akal budinya. Istilah ini juga telah diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Dalam  Kecergasan Otak atau kemampuan otak berfikir, memahami dan mentafsirkan. Dalam konsep KE ini juga terbahagi kepada tiga tahap Kecerdasan. Pertama, Kecerdasan Intelek (IQ), Emosi(SQ), dan Spiritual(SQ).

Kecerdasan Intelek ini merupakan salah satu aspek potensi manusia yang juga merujuk kepada kecergasan otak atau kemampuan otak berfikir, memahami dan mentafsirkan. Daya intelek turut dilahirkan dua sudut. Pertama sudut hakikat daripada insani ialah manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah SWT, kedua hakikat daripada pintar cerdas yang dibahagikan kepada tiga tahap potensi intelek, skim ilmu, dan amal soleh. Menurut Gardner 1993 kecerdasan adalah satu set yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah ataupun menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya.

Seterusnya pergi kepada Konsep Kecedasan Emosi (EQ), adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik. Definisi  EQ menurut Mayer dan Salovery (1997) EQ merupakan keupayaan untuk mengawal emosi  diri dan orang lain untuk membezakan antara emosi tersebut untuk guna kefahaman untuk pantau pemikiran dan tindakan diri. Lian pula bentuk definisinya bagi Cooper & Sawaf (1997) EQ ini keupayaan unutk mengesan, mengerti dan mengaplikasikan dengan berkesan kuasa emosi sebagai satu sumber manusia, maklumat, perhubungan dan pengaruh.

Kecerdasan yang terakhir ialah Kecerdasan Spiritual (SQ) merungkai tentang tujuan hidup kita di muka bumi ini. Kecerdasan spiritual banyak mengembangkan konsep-konsepnya dari aliran humanistis. Aliran humanistis ini kemudian mengembangkan sayapnya secara spesifik membentuk psikologi transpersonal, dengan landasan “pengalaman keagamaan” sebagai peak experience, plateau dan fartherst of human nature. Menurut Maslow (Rakhmat dalam Zohar dan Marshall, 2000) psikologi belum sempurna sebelum difokuskan kembali dalam pandangan spiritual dan transpersonal. Penelusuran pemahaman kecerdasan spiritual (SQ) saat sekarang nampaknya cukup relevan, mengingat banyaknya persoalan-persoalan sosial yang semakin membebani hidup seseorang.


Akhir sekali  ialah implikasi ketiga-tiga elemen kecerdasan ini dalam kehidupan ini, terutamanya Kecerdasan intelek penting dalam menentukan kejayaan hidup kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhak mulia dan sebagainya. Selain itu, implikasi EQ dalam kehidupan juga ialah kita dapat memahami emosi diri kita sendiri,memanfaatkan emosi, mempunyai rasa empati, serta boleh mengurus hubungan dengan orang lain. Bagi SQ pula andai seorang individu itu sudah mampu menguasai tahap kecerdasan Spiritual individu tersebut mempunyai motivasi tahap muhasabah diri lebih tinggi daripada individu lain untuk meneliti tujuan hidup kita sebenarnya.  

Akhir kalam.. Assalamualikum WBT..Sekian...

No comments:

Post a Comment