Sunday, July 15, 2012

Refleksi Minggu Keempat

Assalmualaikum WBT...

Refleksi saya pada minggu Keempat ini adalah mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Kecerdasan Emosi. Kecerdasan Emosi boleh kita klasifikasikan dua kompenen utama. Pertama, Komponen Kompentensi Personal, kedua Komponen Sosial.

Dalam subkomponen yang pertama ialah Kesedaran Emosi Kendiri dan Pengurusan Emosi Kendiri yang berteraskan Aspek Personal di bawah Kerangka Kompentensi Kecerdasan Emosi (ECI) Goleman & Boyatizs. Serba sedikit mengenai Konsep Kesedaran Emosi Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan orang lain. Menurut kajian McPhail kesedaran emosi mengandungi empat tahap  disusun secra progresif bermula dari kompetensi mengenalpasti emosi diri dengan orang lain, aplikasi emosi, empati emosi dan akhir sekali ialah emosionaliti.

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkomponen-subkomponen seperti kesedaran emosi, kesedaran ketepatan kendiri, keyakinan diri,penghormatan diri dan kesejahteraan kendiri.

Manakala, kompetensi pengurusan emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan eksperesi individu berdasarkan komponen seperti kawalam emosi kendiri, kebolehubahsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan, inovatif, optimistik, inisiatif dan berorientasikan pencapaian

Suka saya selitkan di sini juga akan sifat dan kualiti peribadi guru yang mempunyai kompetensi Personal yang tinggi harusnya memperoleh sifat dan peribadi seperti pandai berjenaka, baik hati, profesional dalam mengendali emosi, bertanggungjawab, berkeyakinan, dan mempunyai daya kepimpinan.

Seterusnya, komponen yang kedua di bawah Kecerdasan Emosi ini ialah Kompetensi Sosial yang turut dibahagikan kepada dua komponen utama. iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti melalui tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Manakala, Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melaui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi, dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

Dengan itu, subkomponen-subkomponen Kompetensi Kesedaran Sosial dan Kompetensi Kemahiran Sosial adalah berlandaskan kepada Aspek Sosial di bawah kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi ( ECI) Goleman dan Boyatizs.

Maka dengan itu, seseorang guru boleh dihayati daripada dan kualiti sosialnya  antaranya ialah mempunyai sifat merendah diri, peramah mesra, berbudi pekerti, semangat berbakti, jujur, dan sebagainya agar murid-murid suka berdamping, rakan sejawat senang bergaul, aktif dalam kegiatan sosial dan sebagainya.

Sekian...Wslm..

No comments:

Post a Comment