Sunday, July 15, 2012

Refleksi Minggu ketiga (video kilp)


Assalamualaikum WBT..dalam refleksi kali ini merujuk kepada tugasan yang telah diberikan untuk memilih satu video klip yang boleh dikaitkan mengenai ketiga-tiga komponen yang telah kami pelajari sebelum ini antaranya ialah Kecerdasan Intelek, Kecerdasan Emosi dan Kecerdasan Spiritual.



Video klip yang menjadi pilihan saya ialah slot video yang bertajuk 'Sang Murrabi'. Secara ringkasnya mengisahkan perjalanan seseorang insan yang penuh liku kehidupan dalam muka bumi ini sebagai khalifah Allah dalam memperjuangkan dakwah Islam.

Setelah meneliti kisah tersebut elemen pertama yang boleh saya kaitkan dengan Kecerdasan Intelek secara tersiratnya ialah tindakan watak utama iaitu Ustaz Rahmat Abdullah yang mempunyai kecerdasan Intelek yang tinggi kerana dengan adanya ilmu agama yang dimilikinya beliau begitu berani dan begitu berkeyakinan dalam menyampaikan dakwah meskipun ada  pihak yang menentang sekeras-kerasnya dan menganggap ajaran yang dibawa oleh beliau adalah sesat. Tanpa imu dan kecelikan intelek yang dimiliki mana mungkin beliau mampu menangkis setiap hujah manusia yang jahil ilmu agama apatah lagi mengenai janji yang sudah jelas-jelas haram hukumnya kepada sesiapa yang memungkiri janji dan berdosa.

Seterusnya, suka juga saya kaitkan di sini mengenai elemen yang kedua iaitu Kecerdasan Emosi. Jika kita lihat di akhir slot yang memegang watak adik kepada Ustaz Rahmat Abdullah mempunyai tahap kecerdasan emosi rendah jika dibandingkan dengan abangnya kerana emosi marah menguasai dirinya setelah melihat jiran rumah mereka yang menurut cerita jiran tersebut tidak terlintas hati memberi sedikit buah malahan dengan 'kebongkakkan' hati menumpangkan kulit durian untuk dibakar. Tetapi, tindakan itu langsung tidak diendahkan oleh Sang Murrabbi malah sudi membantunya.

Akhir sekali, kecerdasan Spiritual yang dimiliki oleh watak utama begitu menyerlah yang pada dasarnya merujuk kepada konsep SQ itu sendiri yang sebenarnya mencari makna dan tujuan kita hidup di alam fana ini. Dalam cerita ini amat sesuailah jika saya kaitkan dengan watak yang dibawa oleh Ustaz Rahmat Abdullah yang menjumpai tujuan sebenarnya kehidupan di dunia ini hanya satu persinggahan dan memperbanyakkan amalannya di muka bumi ini sebagai bekalan di akhirat kelak terutamanya dalam memperjuangkan dakwah.

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini tugasan ini begitu meminta kita berfikir dan menzahirkan kefahamn kita yang sebenar-benarnya tentang pembelajaran yang sudah dipelajari dalam kaedah memaham dan menghubungkait cerita tentang sub-sub topik yang sudah dipelajari dan ini sudah tentu menguji tahap kecerdasan IQ, EQ, dan SQ saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian..wslm...


No comments:

Post a Comment