Tuesday, July 10, 2012

Refleksi Minggu Kedua (Passion)

 Dalam kuliah Minggu pertama bersama pensyarah Kecerdasan Emosi iaitu Puan Norihah Binti Bachok beliau menjadikan mukadimah istilah 'passion' sebagai topik Pengajaran dan Pembelajaran pada waktu itu. "Passion" dalam istilah Bahasa Melayu diertikan sebagai satu-satu perkara yang kita lakukan memberikan kepuasan kepada kita. Namun itu, jangan disamakan dengan hobi atau minat kerana hobi atau minat merupakan dua elemen yang berbeza dari segi maksudnya sendiri. 

Pada mulanya timbul kecelaruan dalam diri untuk membezakan dua elemen tersebut tetapi dengan contoh yang puan berikan lebih kepada kepuasan apabila beliau menyiapkan kerja-kerja di rumah dan hasilnya apabila siap satu-satu tugasan memberikan kepuasan yang tidak mungkin dapat ditafsirkan dengan barisan kata. Dalam pada itu juga kami diminta setiap seorang akan menyatakan 'passion' masing-masing dan perasaan teruja timbul untuk menyatakan bahawa saya berkongsi 'passion' yang sama tetapi bezanya dari segi tanggungjawab beliau sudah tentu lebih berat jika dibandingkan dengan saya yang hanya sebagai pelajar atau penuntut di IPGKBM tidak seperti puan bukan sahaja sebagai pensyarah tetapi juga 'menyandang' jawatan sebagi isteri juga ibu kepada anak-anak tercinta.

Di samping itu, dalam kuliah pertama beliau ada menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan emosi, intelek, dan 'spiritual quation' yang berbeza. Contohnya, ada individu mempunyai kecerdasan intelek (intelect quation) yang tinggi tetapi tidak mampu untuk mengawal penguasaan emosi dalam diri mereka. Justeru, tidak hairanlah jika ada dalam dunia ini manusia atau individu yang bijak pandai tetapi terlibat dengan jenayah akibat terlalu mengejar kebendaan (materialistik) sehingga mengikis sifat keperimanusian dalam diri untuk sanggup membunuh rakan sejawat, rakan kongsi, ahli keluarga, sahabat dan sebagainya.

Akhir kuliah setiap pelajar iaitu kami menyatakan 'passion' masing-masing kepada puan namun tidak semua yang berkesempatan berkongsi 'passion tersebut. Dan ini merupakan satu benda baharu untuk kita kenali dan menyedari 'passion' masing-masing.

No comments:

Post a Comment