Sunday, July 15, 2012

Refleksi Minggu Keempat

Assalmualaikum WBT...

Refleksi saya pada minggu Keempat ini adalah mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Kecerdasan Emosi. Kecerdasan Emosi boleh kita klasifikasikan dua kompenen utama. Pertama, Komponen Kompentensi Personal, kedua Komponen Sosial.

Dalam subkomponen yang pertama ialah Kesedaran Emosi Kendiri dan Pengurusan Emosi Kendiri yang berteraskan Aspek Personal di bawah Kerangka Kompentensi Kecerdasan Emosi (ECI) Goleman & Boyatizs. Serba sedikit mengenai Konsep Kesedaran Emosi Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan orang lain. Menurut kajian McPhail kesedaran emosi mengandungi empat tahap  disusun secra progresif bermula dari kompetensi mengenalpasti emosi diri dengan orang lain, aplikasi emosi, empati emosi dan akhir sekali ialah emosionaliti.

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkomponen-subkomponen seperti kesedaran emosi, kesedaran ketepatan kendiri, keyakinan diri,penghormatan diri dan kesejahteraan kendiri.

Manakala, kompetensi pengurusan emosi kendiri seseorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan eksperesi individu berdasarkan komponen seperti kawalam emosi kendiri, kebolehubahsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan, inovatif, optimistik, inisiatif dan berorientasikan pencapaian

Suka saya selitkan di sini juga akan sifat dan kualiti peribadi guru yang mempunyai kompetensi Personal yang tinggi harusnya memperoleh sifat dan peribadi seperti pandai berjenaka, baik hati, profesional dalam mengendali emosi, bertanggungjawab, berkeyakinan, dan mempunyai daya kepimpinan.

Seterusnya, komponen yang kedua di bawah Kecerdasan Emosi ini ialah Kompetensi Sosial yang turut dibahagikan kepada dua komponen utama. iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti melalui tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Manakala, Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melaui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi, dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

Dengan itu, subkomponen-subkomponen Kompetensi Kesedaran Sosial dan Kompetensi Kemahiran Sosial adalah berlandaskan kepada Aspek Sosial di bawah kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi ( ECI) Goleman dan Boyatizs.

Maka dengan itu, seseorang guru boleh dihayati daripada dan kualiti sosialnya  antaranya ialah mempunyai sifat merendah diri, peramah mesra, berbudi pekerti, semangat berbakti, jujur, dan sebagainya agar murid-murid suka berdamping, rakan sejawat senang bergaul, aktif dalam kegiatan sosial dan sebagainya.

Sekian...Wslm..

Refleksi Minggu ketiga (video kilp)


Assalamualaikum WBT..dalam refleksi kali ini merujuk kepada tugasan yang telah diberikan untuk memilih satu video klip yang boleh dikaitkan mengenai ketiga-tiga komponen yang telah kami pelajari sebelum ini antaranya ialah Kecerdasan Intelek, Kecerdasan Emosi dan Kecerdasan Spiritual.



Video klip yang menjadi pilihan saya ialah slot video yang bertajuk 'Sang Murrabi'. Secara ringkasnya mengisahkan perjalanan seseorang insan yang penuh liku kehidupan dalam muka bumi ini sebagai khalifah Allah dalam memperjuangkan dakwah Islam.

Setelah meneliti kisah tersebut elemen pertama yang boleh saya kaitkan dengan Kecerdasan Intelek secara tersiratnya ialah tindakan watak utama iaitu Ustaz Rahmat Abdullah yang mempunyai kecerdasan Intelek yang tinggi kerana dengan adanya ilmu agama yang dimilikinya beliau begitu berani dan begitu berkeyakinan dalam menyampaikan dakwah meskipun ada  pihak yang menentang sekeras-kerasnya dan menganggap ajaran yang dibawa oleh beliau adalah sesat. Tanpa imu dan kecelikan intelek yang dimiliki mana mungkin beliau mampu menangkis setiap hujah manusia yang jahil ilmu agama apatah lagi mengenai janji yang sudah jelas-jelas haram hukumnya kepada sesiapa yang memungkiri janji dan berdosa.

Seterusnya, suka juga saya kaitkan di sini mengenai elemen yang kedua iaitu Kecerdasan Emosi. Jika kita lihat di akhir slot yang memegang watak adik kepada Ustaz Rahmat Abdullah mempunyai tahap kecerdasan emosi rendah jika dibandingkan dengan abangnya kerana emosi marah menguasai dirinya setelah melihat jiran rumah mereka yang menurut cerita jiran tersebut tidak terlintas hati memberi sedikit buah malahan dengan 'kebongkakkan' hati menumpangkan kulit durian untuk dibakar. Tetapi, tindakan itu langsung tidak diendahkan oleh Sang Murrabbi malah sudi membantunya.

Akhir sekali, kecerdasan Spiritual yang dimiliki oleh watak utama begitu menyerlah yang pada dasarnya merujuk kepada konsep SQ itu sendiri yang sebenarnya mencari makna dan tujuan kita hidup di alam fana ini. Dalam cerita ini amat sesuailah jika saya kaitkan dengan watak yang dibawa oleh Ustaz Rahmat Abdullah yang menjumpai tujuan sebenarnya kehidupan di dunia ini hanya satu persinggahan dan memperbanyakkan amalannya di muka bumi ini sebagai bekalan di akhirat kelak terutamanya dalam memperjuangkan dakwah.

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini tugasan ini begitu meminta kita berfikir dan menzahirkan kefahamn kita yang sebenar-benarnya tentang pembelajaran yang sudah dipelajari dalam kaedah memaham dan menghubungkait cerita tentang sub-sub topik yang sudah dipelajari dan ini sudah tentu menguji tahap kecerdasan IQ, EQ, dan SQ saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian..wslm...


Tuesday, July 10, 2012

Refleksi Minggu Pertama

Assalamuaalaikum WBT..

Pada Minggu Pertama, sebagai mukadimah bagi Subjek Kecerdasan Emosi (KE) ini refleksi yang boleh saya buat ialah melalui dapatan yang saya perolehi semasa P&P berlangsung puan pensyarah telah memperkenalkan Konsep KE itu sendiri iaitu merujuk kepada kecerdasan itu ialah kepintaran yang merupakan potensi manusia di bawah hal atau keadaan sempurna dalam perkembangan akal budinya. Istilah ini juga telah diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Dalam  Kecergasan Otak atau kemampuan otak berfikir, memahami dan mentafsirkan. Dalam konsep KE ini juga terbahagi kepada tiga tahap Kecerdasan. Pertama, Kecerdasan Intelek (IQ), Emosi(SQ), dan Spiritual(SQ).

Kecerdasan Intelek ini merupakan salah satu aspek potensi manusia yang juga merujuk kepada kecergasan otak atau kemampuan otak berfikir, memahami dan mentafsirkan. Daya intelek turut dilahirkan dua sudut. Pertama sudut hakikat daripada insani ialah manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah SWT, kedua hakikat daripada pintar cerdas yang dibahagikan kepada tiga tahap potensi intelek, skim ilmu, dan amal soleh. Menurut Gardner 1993 kecerdasan adalah satu set yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah ataupun menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya.

Seterusnya pergi kepada Konsep Kecedasan Emosi (EQ), adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik. Definisi  EQ menurut Mayer dan Salovery (1997) EQ merupakan keupayaan untuk mengawal emosi  diri dan orang lain untuk membezakan antara emosi tersebut untuk guna kefahaman untuk pantau pemikiran dan tindakan diri. Lian pula bentuk definisinya bagi Cooper & Sawaf (1997) EQ ini keupayaan unutk mengesan, mengerti dan mengaplikasikan dengan berkesan kuasa emosi sebagai satu sumber manusia, maklumat, perhubungan dan pengaruh.

Kecerdasan yang terakhir ialah Kecerdasan Spiritual (SQ) merungkai tentang tujuan hidup kita di muka bumi ini. Kecerdasan spiritual banyak mengembangkan konsep-konsepnya dari aliran humanistis. Aliran humanistis ini kemudian mengembangkan sayapnya secara spesifik membentuk psikologi transpersonal, dengan landasan “pengalaman keagamaan” sebagai peak experience, plateau dan fartherst of human nature. Menurut Maslow (Rakhmat dalam Zohar dan Marshall, 2000) psikologi belum sempurna sebelum difokuskan kembali dalam pandangan spiritual dan transpersonal. Penelusuran pemahaman kecerdasan spiritual (SQ) saat sekarang nampaknya cukup relevan, mengingat banyaknya persoalan-persoalan sosial yang semakin membebani hidup seseorang.


Akhir sekali  ialah implikasi ketiga-tiga elemen kecerdasan ini dalam kehidupan ini, terutamanya Kecerdasan intelek penting dalam menentukan kejayaan hidup kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhak mulia dan sebagainya. Selain itu, implikasi EQ dalam kehidupan juga ialah kita dapat memahami emosi diri kita sendiri,memanfaatkan emosi, mempunyai rasa empati, serta boleh mengurus hubungan dengan orang lain. Bagi SQ pula andai seorang individu itu sudah mampu menguasai tahap kecerdasan Spiritual individu tersebut mempunyai motivasi tahap muhasabah diri lebih tinggi daripada individu lain untuk meneliti tujuan hidup kita sebenarnya.  

Akhir kalam.. Assalamualikum WBT..Sekian...

Refleksi Minggu Ketiga

 Minggu Kedua kuliah refleksi yang boleh saya buat berdasarkan dapatan P&P puan  pada hari tersebut ialah beliau mengukuhkan lagi kefahaman saya terhadap konsep kecerdasan Intelek, Emosi, dan spriritual ataupun dalam 'simple form' IQ' ( Intelect Quation), EQ (Emotion Quation), dan SQ       (spiritual quation). Saya mulakan dengan konsep IQ iaitu "What Do I Think?" membawa maksud lebih kepada hal-hal fizikal  atau material seperti organ penting dalam tubuh badan kita yang mengawal setiap gerak laku sama ada baik atau buruk bergantung pada otak yang dikurniakan oleh Tuhan iaitu Allah SWT akan nikmatnya yang tidak ada pada makhluk lain iaitu akal manusia. Andai bijak kita menggunakan akal ke arah Hak (kebenaran) maka temuilah jalan yang benar. Jika memilih jalan batil (kesesatan) maka menemuilah jalan yang salah. Pendek kata, gunakan akal ke arah kebaikan dan sentiasa berfikiran positif.

 Seterusnya, konsep bagi Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut dapatan saya dalam kuliah beliau ialah untuk lebih mudah ingat dan faham ialah " What Do I Feel ?" mengenai diri saya atau diri sendiri, kehidupan orang lain terhadap diri saya. Seterusnya elemen ini melibatkan perasaan atau emosi. Organ yang terlibat iaitu hati dan jantung bukan fizikal tapi hati perasaan bukannya nafsu. Hal ini demikian kerana, dalam hati terdapat dua pusat utama sama ada melalui gerak hati atau nafsu semata-mata.

Konsep yang terakhir ialah SQ (spiritual quation) iaitu " Who am I? " membawa maksud siapa diri kita yang sebenarnya iaitu untuk lebih mengenali diri kita masing-masing. Seperti yang kita sedia maklum dalam perkongsian kehidupan di muka bumi ini pelbagai pegangan dan fahaman agama  untuk mencari ketenangan dan merungkai kejiwaan diri masing-masing terhadap pegangan agama khususnya.

Dalam kuliah tersebut juga puan menyatakan tugasan yang perlu disiapkan untuk minggu hadapan sebagai pengakhiran dan peringatan kelas. Baik buku rujukan, 'bedah' buku, jurnal refleksi, 'upload' video dan lain-lain lagi serta pembahagian markah setiap tugasan yang beliau berikan.

Refleksi Minggu Kedua (Passion)

 Dalam kuliah Minggu pertama bersama pensyarah Kecerdasan Emosi iaitu Puan Norihah Binti Bachok beliau menjadikan mukadimah istilah 'passion' sebagai topik Pengajaran dan Pembelajaran pada waktu itu. "Passion" dalam istilah Bahasa Melayu diertikan sebagai satu-satu perkara yang kita lakukan memberikan kepuasan kepada kita. Namun itu, jangan disamakan dengan hobi atau minat kerana hobi atau minat merupakan dua elemen yang berbeza dari segi maksudnya sendiri. 

Pada mulanya timbul kecelaruan dalam diri untuk membezakan dua elemen tersebut tetapi dengan contoh yang puan berikan lebih kepada kepuasan apabila beliau menyiapkan kerja-kerja di rumah dan hasilnya apabila siap satu-satu tugasan memberikan kepuasan yang tidak mungkin dapat ditafsirkan dengan barisan kata. Dalam pada itu juga kami diminta setiap seorang akan menyatakan 'passion' masing-masing dan perasaan teruja timbul untuk menyatakan bahawa saya berkongsi 'passion' yang sama tetapi bezanya dari segi tanggungjawab beliau sudah tentu lebih berat jika dibandingkan dengan saya yang hanya sebagai pelajar atau penuntut di IPGKBM tidak seperti puan bukan sahaja sebagai pensyarah tetapi juga 'menyandang' jawatan sebagi isteri juga ibu kepada anak-anak tercinta.

Di samping itu, dalam kuliah pertama beliau ada menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan emosi, intelek, dan 'spiritual quation' yang berbeza. Contohnya, ada individu mempunyai kecerdasan intelek (intelect quation) yang tinggi tetapi tidak mampu untuk mengawal penguasaan emosi dalam diri mereka. Justeru, tidak hairanlah jika ada dalam dunia ini manusia atau individu yang bijak pandai tetapi terlibat dengan jenayah akibat terlalu mengejar kebendaan (materialistik) sehingga mengikis sifat keperimanusian dalam diri untuk sanggup membunuh rakan sejawat, rakan kongsi, ahli keluarga, sahabat dan sebagainya.

Akhir kuliah setiap pelajar iaitu kami menyatakan 'passion' masing-masing kepada puan namun tidak semua yang berkesempatan berkongsi 'passion tersebut. Dan ini merupakan satu benda baharu untuk kita kenali dan menyedari 'passion' masing-masing.